blog rawatan kesihatan keluarga

Jemaah umrah disahkan di jangkiti virus Mers-Covi

Baru – baru ini kita di kejutkan dengan berita seorang jemaah malaysia yang di sahkan di jangkiti virus Mers-Covi . Adalah amat menakutkan kerana symptoms yang di alami beliau  seperti apa yang selalu kita alami seperti demam,batuk ,lemah badan ,lelah dan sakit kaki. Keadaan ini amatlah biasa di kalangan jemaah jemaah cuma apa yang membezakan beliau adalah , semasa di Tanah suci ,beliau telah di bawa melawat ke ladang unta di mana di sana beliau telah meminum susu unta mentah dan ada bersentuhan dengan unta.

Melihat perkara ini , bermaksud punca yang tepat mengenai dimana kita boleh terdedah kepada virus ini masih lagi menjadi tanda tanya. .Menurut kepada laporan pihak WHO sehingga kini punca  jangkitan sebenar dan cara jangkitan bagi penyakit Mers-Covi ini masih lagi belum dapat dikenalpasti. Tetapi suspek utama pada waktu ini adalah unta. Menyentuh , memakan atau meminum sebarang produk daripada unta seperti susu ,daging dan   air kencing adalah sangat berisiko tinggi. Pihak WHO juga menegaskan sejauh mana penularan penyakit ini pada ketika ini juga tidak dapat di sahkan.

Di sini saya sertai pesanan dari kementerian kesihatan malaysia mengenai Mers -Covi.

KKM ingin memberi penekanan mengenai nasihat kesihatan kepada orang awam yang ingin mengerjakan umrah di Tanah Suci atau mengadakan lawatan ke mana-mana negara di rantau Timur Tengah yang kini melaporkan kejadian jangkitan MERS-CoV, mengenai perkara-perkara berikut:

  • Semasa dalam tempoh lawatan, selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas batuk, bersin atau selepas bersalaman;
  • Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu;
  • Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari mengunjungi kediaman atau institusi penjagaan kesihatan yang terlibat dalam kejadian jangkitan wabak MERS-CoV di negara tersebut;
  • Elakkan dari melawat ke ladang haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan, khususnya unta;
  • Elakkan dari mengambil (iaitu memakan atau meminum) sebarang produk mentah / tidak dimasak dengan sempurna yang melibatkan unta; seperti susu, daging, air kencing dan produknya.
  • Mereka yang pulang dari lawatan ke negara-negara yang terlibat, khususnya negara di rantau Timur Tengah adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan kadar segera, sekiranya mengalami gejala demam dan jangkitan respiratori (seperti batuk dan kesukaran bernafas), khususnya dalam tempoh 14 hari setelah tiba di Malaysia. Mereka perlu memaklumkan mengenai sejarah perjalanan mereka kepada doktor yang merawat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 + 6 =

Scroll To Top