blog rawatan kesihatan keluarga

Jadikan lemon sebahagian diet untuk diabetes

Penjagaan luka yang baik memerlukan kepada penjagaan gula yang bagus .Apakah diet yang bagus untuk diabetes atau pesakit pesakit kencing manis ? memang banyak tetapi jangan lupa lemon ini banyak faedahnya untuk pesakit kencing manis. Kajian menunjukkan yang lemon menurunkan paras gula di dalam darah apabila di campurkan dengan makanan.Penurunan gula ini bukannya sedikit malah pada tahap yang sangat membantu pada tubuh badan .Di tambahkan lagi lemon mempunyai eroma yang sangat menarik dan menambahkan selera makan. Penggunaan lemon ini adalah mudah hanya dengan memerahkan jus nya kepada makanan , kalau di masak sekali dengan makanan buleh menyebabkan sedikit pahit.
Memulakan hari dengan segelas air lemon adalah yang terbaik untuk pesakit diabetes , walaupun lemon mengandungi kandungan acid tetapi kandungan alkalinya adalah sangat tinggi dan lemon adalah makanan semulajadi yang mengandungi kandungan alkali .Kandungan PH didalam pesakit diabetes selalunya adalah sangat berasid dengan lemon keadaan ini dapat di stabilkan seterusnya menyebabkan penurunan paras gula.
Lemon juga mengandungi kandungan vitamin C yang sangat tinggi , kandungannya adalah dua kali ganda tingginya dari buah oren.Untuk pesakit diabetes vitamin C akan meresap sehingga tahap membran sel badan dan membantu pengawalan insulin secara semulajadi di dalam tubuh badan. Vitamin C juga menyebabkan bertambahnya collagen di dalam badan di mana ianya membantu menguatkan pembuluh saluran darah .Ya kita mesti ingat serangan luka kencing manis sering berlaku pada jari jari atau kaki pesakit.
Ya, kini anda sudah tahu kepentingan lemon sebagai sebahagian dari diet untuk diabetes semoga ilmu yang berguna ini dapat kita kongsikan untuk manfaat semua.

 

 

2 thoughts on “Jadikan lemon sebahagian diet untuk diabetes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × two =

Scroll To Top